ef96dad7-6d3f-44d5-bb02-dcdff79e64e5

PERTUKARAN MOU ANTARA MBOT DAN JPK DALAM MEMPERKUKUH KOLABORASI DALAM PENGIKTIRAFAN KEMAHIRAN

4 DISEMBER 2024 – Program Tripartite Engagement Session (Outcome) 2024 dan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) hari ini telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Sama-Sama KLIA, Sepang, Selangor. Majlis yang penuh bermakna ini menyaksikan pertukaran MoU antara Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan JPK, sebagai simbol kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam pengiktirafan program-program kemahiran dan pembangunan bakat teknologi dan teknikal.

Majlis ini adalah satu inisiatif penting dalam memperkukuh hubungan jangka panjang yang saling memberi manfaat bagi pembangunan kemahiran dan latihan vokasional di Malaysia, serta memastikan bahawa program-program latihan yang dijalankan memenuhi piawaian industri yang tinggi.

Pertukaran MoU ini disempurnakan oleh YBrs. Ts. Zuleah Binti Darsong, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran JPK, dan YBhg. Profesor Emerita Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, FASc., Presiden MBOT dan disaksikan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia dan YBrs. Ir. Ts. Dr. Azmi bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JPK.

Kredit Gambar : Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

9c61cf9a-fe32-476d-b8fd-5f0a58a917cc

MAJLIS PELANCARAN PENSIJILAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

7 JANUARI 2025 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah melancarkan Pensijilan Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal hari ini yang dirasmikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Majlis Pensijilan Pembangunan Profesional ini bertujuan untuk memastikan jaminan kualiti dan standard pensijilan kursus jangka pendek dalam bidang teknologi dan teknikal. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara MBOT dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) yang memainkan peranan penting bagi memastikan tenaga kerja dalam bidang teknologi dan teknikal memperoleh peningkatan kemahiran yang berkualiti dan diiktiraf.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Professor Emerita Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Presiden MBOT, wakil HRD Corp, wakil-wakil daripada MOSTI, agensi Kerajaan dan penyedia latihan.

Kredit gambar: Kementerian Sains, Teknologi Inovasi (MOSTI)